Archives

DUKUNG ANAK



DUKUNG ANAK

Nama Botani

Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Lain

Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)


Famili

Euphorbiaceae

Pengenalan

Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic. Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut. Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun. Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga. Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.

Khasiat dan Kegunaan

Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.

CUCUR ATAP



CUCUR ATAP

Nama Botani

Beackea Frutescens


Nama Lain

Cucur Atap, Corong Atap

Famili

Melastomaceae

Pengenalan

Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan, bewarna putih dengan gelang hijau di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.

Khasiat dan Kegunaan

Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.


CAPA



CAPA

Nama Botani

Blumae Balsmifera (L) DC


Nama Lain

Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau

Famili

Asteraceae


Pengenalan

Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus. Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 - 13 cm x 2.5 - 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi ('serrate dentate'), pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning.

Khasiat dan Kegunaan

Daun capa digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun capa biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di Filipina pula, daun sembung digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.


Buah Sukun-Breadfruit


Sukun atau bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘breadfruit’ adalah sejenis tumbuhan yang dipercayai berasal dari Polynesia. Di Malaysia, terdapat dua jenis buah sukun iaitu yang berbiji dan tidak berbiji. Kebiasaanya, bahagian yang boleh dimakan adalah lebih kurang 68% dari berat asal buah sukun yang telah dibuang kulut empulurnya. Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan menggunakan buah sukun terutamanya sajian snek ringan dan pembeka selera. Antaranya ialah seperti Cekodok sukun, kerepek sukun dan sukun goreng.

Kaktus





Keluarga kaktus ni memang besar dan bermacam spesis yang mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan pelbagai warna. Persaman yang paling ketara di dalam dunia kaktus ini ialah setiap jenis kaktus boleh dikatakan mempunyai duri, tak kiralah duri halus mahupun kasar.


Cili merah


Cili atau nama botaninya Capsicum annum dari keluarga Solanaceae berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan ditanam secara meluas di kebanyakan negara tropika termasuk Malaysia. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai Lada, Cabai, Cili Hijau atau Cili Merah. Faktor cuaca negara ini yang baik menjadikan tanaman Cili boleh hidup dengan subur.
Antara varieti yang disyorkan untuk ditanam ialah jenis Kulai atau Boris 15, MC4, MC5, MC11 dan MCI2. Hasil pengeluarannya juga boleh mencapai 15-20 tan untuk setiap hektar.
Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang optimum yang kebiasaannya 60-75 hari selepas menanam di ladang atau apabila buah Cili berwarna hijau tua kemerahan untuk pasaran segar. Harga di ladang ketika ini ialah di antara RM5-RM6/kg manakala harga di pasar ialah di antara RM10-RM12.

Buah Asam gelugur


Asam gelugur sering digunakan dalam pelbagai resipi masakan seperti laksa, asam pedas dan resipi tradisional yang memerlukan rasa masam. Rasa masam buah gelugur yang unik dapat merangsang selera. Daun gelugur yang masih muda dan berwarna kemerahan sering juga dijadikan ulam dan penyedap rasa dalam resipi masakan lauk pauk.
Buah asam gelugur ditumbuk halus bersama ramuan lain atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.

Kepingan buah kering digunakan untuk mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol.
Jus daunnya diminum selepas bersalin untuk mencuci bahagian peranakan serta untuk mengurangkan tekanan darah.
Daun dan akarnya digunakan untuk merawat sakit telinga. Daun dan buah ditumbuk halus dan tampal pada perut wanita selepas bersalin