Jagung Manis


Jagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil. Beberapa varieti jagung manis yang popular di Malaysia ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.

Thai Supersweet mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga. Masmadu pula mempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu. Tongkolnya juga lebih besar. Bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari. Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat

TAMBAHAN

JAGUNG MANIS & JAGUNG MUDA (Baby Corn)

VARIETI

Jagung Manis: Hybrid No 5, Masmadu dan Thai Super Sweet

Jagung Muda: Thai Super Sweet

AMALAN KULTURA

Pemilihan Tapak

Jagung manis/ muda boleh tumbuh di tanah yang berpengairan baik tetapi ia menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik di tanah lom dalam dan lom berlodak yang mengandungi bahan organik dan dibekalkan dengan nutrien sedia ada. Jagung manis/ muda juga boleh tumbuh secara sederhana di tanah acid (serendah pH 5.0), tetapi pH 6 - 7 lebih utama. Tapak unggul untuk penanaman jagung manis/ muda ialah tanah datar atau sedikit beralun.

Penanaman jagung manis/ muda berterusan di sesuatu tapak adalah tidak disyorkan. Tanaman bergilir dengan kacang tanah, kacang soya, keledek dan tanaman lain memberikan faedah dalam pengeluaran tanaman dan pengurusan tanah.

Penyediaan Tanah

Penyediaan tanah termasuk merata, membakar dan mengembur dan perparitan bagi tempat yang rendah. Mengembur tanah boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan cangkul atau secara mekanisasi dengan menggunakan 'pedestrian power tiller'.

Kawasan yang dibajak akan memberikan keadaan tanah yang baik untuk proses percambahan.

Menanam

Selepas penyediaan tanah, 2 biji benih dimasukkan ke dalam setiap lubang penanaman 60 cm di antara dan dalam baris. Jarak ini memerlukan 10 - 20 kg/ ha benih. Jarak tanaman untuk jagung muda ialah 45 cm X 45 cm dan 20 - 25 kg/ha benih diperlukan.

Isolasi

Jagung manis tidak boleh ditanam bersama-sama dengan varieti jagung lain kerana ini akan memberi kesan kepada kualiti kemanisannya.

Merumput

Jagung manis/ muda tidak toleransi dengan persaingan rumpai. Oleh itu, amat penting untuk memastikan ladang penanamannya bebas daripada rumpai pada bulan pertama dan seterusnya. Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual atau bagi kawasan penanaman yang luas, racun herba boleh digunakan.

Racun herba yang baik digunakan ialah Altrazine 80 WP pada kadar 5.6 kg/ha disembur dua kali; pertama kali semasa pracambah dan kali kedua pada sebulan setengah selepas penyemaian.

Pembajaan

Disyorkan baja 12:12:17:2 pada ladar 600 kg/ha semasa penanaman dan 150 kg/ha urea pada minggu ke 5-6 selepas penanaman.

Baja organik seperti tahi ayam, lembu dan kompos boleh digunakan sebagai baja asas.

Penuaian

Jagung manis, dituai sebaik-baik kernelnya padat (65-75 hari selepas penanaman). Bagi jagung muda, dituai 40 -50 hari selepas penanaman.

Perlu diambil perhatian bahawa jagung manis akan kehilangan kemanisannya dan perlu dipasar dan dimakan sebaik sahaja selepas dituai.

Perosak

1. Penebuk Akar (Stem borer)

Larva memakan daun, tisu daun malah keseluruhan dauh dan batang menyebabkan pertumbuhan terbantut dan hasil yang kurang.

Kawalan:

i. Kutip dan bakar semua batang jagung manis/ muda selepas dituai

ii. Sembur dengan Endosulfan/Sevin/Permethrin/ Phenthoate sebulan selepas penanaman atau tiga kali berterusan pada kadar sekali setiap 2 minggu sekira perlu

2. Cob borer (Penebuk tongkol)

Serangan utama adalah semasa peringkat pembungaan dan berbuah. Larva memakan daun dan tongkol. Ia menebuk dan tinggal dalam tongkol.

Kawalan:

Sukar dikawal tetapi boleh menggunakan Carbaryl dan Dimethoate sekira perlu.

Penyakit

1. Hawar Daun (Leaf Blight)

Leison pada daun bermula dengan tompok coklat muda bersaiz 2.5 cm dan semakin membesar. Kebiasaannya, pokok jagung manis/ muda yang diserang akan mati dan daunnya kering. Kulat ini merebak dengan cepat dalam cuaca yang agak lembab dan sporanya kelihatan pada leison.

Kawalan:

i. Tanam varieti resisten

ii. Tanaman bergilir dan sanitasi ladang sebelum menanam

iii. Benih dirawat dengan Thiram atau Captan dengan kadar 12 sudu bagi 1.36 kg benih.

2. 'Common Smut'

Pembengkakan pada tongkol. Pembengkakan berwarna keputihan dan mengandungi spora berwarna coklat kehitaman atau hitam (smut).

Kawalan:

i. Kutip dan bakar semua bahan tanaman berpenyakit

ii. Benih dirawat dengan Thiram 80% pada kadar 5g/100 g benih.

3. Layu Bakteria

Tanaman berpenyakit akan mengalami keguguran di bahagian teratas tanaman. Keratan bahagian batangnya menunjukkan bahagian layu berwarna coklat.

Kawalan:

i. Melakukan sanitasi ladang dengan mengutip dan membakar semua bahan tanaman berpenyakit

ii. Jangan menanam tanaman di tanah yang berpenyakit

iii. Mengamalkan tanaman bergilir

4. Karat

Daun tua terutama di bahagian bawah permukaan dilitupi dengan spora berwarna keperangan.

Kawalan:

i. Racun kulat

ii. Bakar semua sisa jagung manis/ muda selepas dituai

5. Hawar Upih (Sheath Blight)

Leison kelihatan pada upih daun. Biji benih kelihatan berwarna coklat dengan bentuk yang tidak menentu pada tempat yang diserang.

Kawalan:

i. Kutip dan bakar semua bahagian yang diserang penyakit

ii. Amalan tanaman bergilir

iii. Elakkan kecederaan pada tanaman bagi mengelak tempat serangan pada patogen

iv. Sembur dengan Benomyl (80% a.i.) pada kadar 18 g dalam 18 liter air


Sumber: Pusat Penyelidikan Semongok

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Jagung atau dalam bahasa Inggerisnya Maize, merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression. Istilah teosinte digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.


 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply