Cili atau nama botaninya Capsicum annum dari keluarga Solanaceae berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan ditanam secara meluas di kebanyakan negara tropika termasuk Malaysia. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai Lada, Cabai, Cili Hijau atau Cili Merah. Faktor cuaca negara ini yang baik menjadikan tanaman Cili boleh hidup dengan subur.
Antara varieti yang disyorkan untuk ditanam ialah jenis Kulai atau Boris 15, MC4, MC5, MC11 dan MCI2. Hasil pengeluarannya juga boleh mencapai 15-20 tan untuk setiap hektar.
Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang optimum yang kebiasaannya 60-75 hari selepas menanam di ladang atau apabila buah Cili berwarna hijau tua kemerahan untuk pasaran segar. Harga di ladang ketika ini ialah di antara RM5-RM6/kg manakala harga di pasar ialah di antara RM10-RM12.